Ahad, 8 November 2009

 LAWATAN WANITA BERSAMA JEMAAT PAKUH

Pada 7 dan 8 Nov 2009 jemaat wanita bersama AJKG dan beberapa jemaat Pakuh telah mengadakan lawatan ke STS dan gereja sinsuran Kota Kinabalu. Antara tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekristianan di kalangan jemaat itu sendiri sambil melihat keadaan gereja yang berada di kawasan bandar.

7/11/2009 : Rombongan bertolak pada jam 6.30 am dari Kudat. Bagimanapun ada anggota yang bertolak sehari lebih awal. Sekitar jam 9.30 am rombongan berkumpulan di dataran merdeka Kota Kinabalu sebelum bertolak ke STS. Di sini kami disambut oleh saudara JikulaM dan keluarga dan saudara Geoffri M yang juga jemaat PCS kg Pakuh tetapi bertugas di Kota Kinabalu. Mereka adalah jurupandu ke STS.

10.00AM ( 07/11/2009)

Foto 1 : Bersama Pdt Jenssy Mojuin Pensyarah STS

Jam 10.00am kami bertolak ke STS di pandu oleh saudara Geoffri M. Di STS kami di sambut dengan baik oleh Pdt Jenssy Mojuin yang juga salah seorang daripada pensyarah disitu. Puji Tuhan kami sempat melawat beberapa tempat di STS. Antara tempat tersebut :


FOTO 2: BILK KULIAH ( DEWAN MINI TEATER)

FOTO 3: PERPUSTAKAAN STS


FOTO 4: BILIK BACAAN KANAK-KANAK

Sebagai kenangan lawatan ke STS sebahagian ahli rombongan sempat membeli beberapa buah buku yang telah dipamerkan untuk dijual.


FOTO 5: MEMBELI BUKU LAGU PUJIAN

Lebih kurang jam 12 pm rombongan bertolak balik ke penginapan masing-masing. Terima kasih tidak terhingga kepada Pdt Jensey kerana menyambut dan melayan kami dengan baik semasa kunjungan ini.

FOTO 6: Ketua Gereja En Ondon Bersalam Dan
Mengucapkan Terima Kasih Kepada Pdt Jensey



FOTO 7: BERGERAK PULANG KE PENGINAPAN

2.30pm ( 07/11/2009)

Jam 3.00pm berlangsungnya upacara penyampaian Ijazah kali ke 20 pelajar STS bertempat di Gereja Basel Kota Kinabalu. Syukur kepada Tuhan Pdt Marunsai Dawai telah menamatkan pengajian Sarjana Dalam Pelayanan ( Master in Ministry [MMIN]) dengan jayanya.

FOTO 8: LECTURERS DAN GRADUATES STS 2009



FOTO 9: PDT MARUNSAI DAWAI (MMin)


Saya sendiri turut sama meraikan kejayaan beliau di akhir majlis sesi bergambar.


FOTO 10 :GRADUATION CEREMONY


FOTO 11: BERSAMA ISTERI DAN ANAK


FOTO 12: PENULIS DAN SAUDARA MARA YANG HADIR


Tahniah diucapkan kepada beliau, kita berdoa bagi keluarga beliau dan berharap beliau akan terus memimpin kita ke menjadi Anak-Anak Tuhan.

7.00pm (7/11/2009)

Pada sebelah malamnya rombongan berkumpul di rumah pengerusi gereja En Julius Masandan bagi acara kebaktian "kentaranan do valai". Dipimpin oleh saudara Jikula M dan pembawa renungan malam tersebut ialah PDT Marunsai Dawai.

FOTO 13:PN ALUS DAN PN LAUDIAH MEMBANTU UNTUK
PERSIAPAN HIDANGAN MAKAN SELEPAS KEBAKTIAN MALAM
( Yoti Kamalu Piomintan Dioti Ti)


FOTO 14 : SAUDARA JIKULA M PEMIMPIN KEBAKTIAN


FOTO 15: WALAUPUN KELETIHAN SELEPAS KONVO
TUHAN MEMBERI KEKUATAN KEPADA PDT MARUSAI UNTUK
TERUS MENYAMPAIKAN FIRMAN

FOTO 16 : TUAN RUMAH EN JULIUS MASANDAN

FOTO 17: MAKAN MALAM BERSAMA

Selesai makan malam jemaat Pakuh ini berlatih koir untuk di persembahan semasa ibadah 1 di gereja sinsuran pada 08/11/2009. Semua jemaat bersemangat dan latihan berakhir kira-kira jam 10 malam.


8.00am ( 08/11/2009)



FOTO 18: GEREJA PCS SINSURAN KOTA KINABALU

Hampir 4 tahun penulis tidak mengunjungi gereja ini selepas bekerja di sektor kerajaan. Penulis sendiri jarang mengunjungi gereja ini semasa bekerja di KK kerana pekerjaan itu sendiri menuntut bekerja pada hari Ahad. Ini adalah salah satu halangan umat kristian yang berkerja di KK. Sebab itu kita berdoa bagi mereka yang tidak dapat ke gereja agar mereka diberi jalan untuk dapat beribadah bersama.
Keadaan gereja sama seperti dulu cuma ada beberapa perubahan selari dengan tuntutan rohani masa kini. Mulanya hanya menggunakan OHP sekarang mengunakan LSD dan pemimpin tidak sendirian dihadapan tetapi dibantu oleh backup singer yang bersemangat.

Pelayan gereja ibadah 1 pada 08/11/2009 antaranya (berdasarkan jadual pelayanan yang diedarkan) :

Peminpin : Ev.Flora M
Pengkotbah : Ev.James T
Backup Singer :Persekutuan Wira
Penyambut Jemaat : Persekutuan Wanita
LCD Projektor : Ev.Jenet
Guru S.Minggu : Ev.Zizy M
Pengira dan Kolekti : Ev.Lasrun dan Ev.Anne

........Terima kasih kerana sudah melayani.....

FOTO 19: PENYAMBUT JEMAAT IBADAH 1


FOTO 20 : ROMBONGAN BERSAMA JEMAAT SINSURAN

Ruang ibadah penuh sekitar jam 8.10 am. Keadaan ini biasa dan lebih sesak semasa ibadah 2. Inilah salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh Jemaat Sinsuran. Perkara ini berlaku sekian lama sehinggalah pra pemimpin gereja memikirkan untuk mengubahsuai gereje tersebut. Buat masa ini jemaat sinsuran masih mencari dana RM79698.40 ribu daripada RM105000.00 yang diperlukan . Mari bersama-sama mendoakan proses pencarian dana dan pengurusan pengubahsuaian gereja PCS Bandar raya Kota Kinabalu.

FOTO 21: JEMAAT PAKUH MEMPERSEMBAHKAN KOIR

FOTO 22: PERSEKUTUAN WANITA SINSURAN MEMPERSEMBAHAN KOIR
FOTO 23: KANAK-KANAK JEMAAT PAKUH BERSAMA MURID
SEKOLAH MINGGU SINSURAN BERKIOR

FOTO 24: ANTARA KANAK-KANAK JEMAAT PAKUH YANG
YANG IKUT BERKOIR


FOTO 25 : PENGERUSI WANITA SINSURAN MENYAMPAIKAN
CENDERAHATI KEPADA PENGERUSI WANITA PAKUH

Ucapan terima kasih kepada semua jemaat sinsuran kerana menerima kunjungan kami. Tuhan akan memberkati setiap perancangan gereja kalian.
FOTO 26 : JEMAAT PAKUH BERANGKAT PULANG KE KUDAT

Puji Tuhan lawatan ini berjaya dan rombongan bertolak pulang ke Kudat pada 08/11/2009. Terima kasih atas kerjasama semua anggota gereja sehingga berakhirnya lawatan ini tidak ada masalah yang kita hadapi. Pasti akan datang Tuhan telah menyediakan racangan kepada kita..

Tahniah kepada semua anggota jemaat pakuh dan Puji Tuhan!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan