Sabtu, 5 Disember 2009

 Kebaktian Kebangunan Rohani(KKR)


27-28 Nov 2009 Gereja Kg Pakuh telah di jadikan tuan rumah Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) dan seminar belia peringkat Parokih Tinangol. Tarikh cadangan awal KKR dan seminar adalah 11-13 November 2009 tetapi di ubah ketarikh yang dinyatakan bagi memastikan kehadiran belia semasa cuti sekolah.

Pemilihan Gereja Pakuh sebagi tuan rumah adalah kerana lokasi yang strategik dan mempunyai kemudahan asas bagi penganjuran KKR. Pihak AJKG pakuh mengucapkan terima kasih kerana AJKP memberi kepercayaan kepada jemaat Kg Pakuh walaupun dengan keaggotan yang sedikit tetapi program ini berjaya dengan pimpinan Tuhan. Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar semasa KKR dan sedikit aktiviti jemaat selepas KKR tersebut.


[ Malam 26 Nov 2009 : Latihan Longoi Untuk Kebaktian Pembukaan ]

[ AJK Pelaksana Begitu Gigih Membuat Persiapan Kebaktian Sehingga Jam 11 pm ]

[ 27 Nov 2009 : Kebaktian Pembukaan ]

[ En Jikula Mongijal memberi taklimat kepada peserta]

[ Peserta yang hadir KKR]

[Semasa ceramah]

[Penceramah & Pengkotbah : Pdt Marusai D, Pdt Jensy M, Pdt Daniel O,]
Pastor Sabtu D dan Pdt Christoper O

[ Malam KKR 27 Nov 2009 ]

[Team Pelayanan KKR Lajung Berdoa Sebelum Melayani KKR]

[KKR dibawah pimpinan Team Lajung]

[Penari Rebana Team Lajung]

[Terima Kasih kepada mereka yang telah menyediakan makan ]

[Rumah Panjang : Disinilah peserta menginap dan makan bersama]

[Pdt Daniel bersama PPK sinsuran berihat selepas ceramah]

[ KKR 28 Nov 2009 :Bersama Team PPK Sinsuran]

[Penari rebana PPK Sinsuran]

[Inilah Team PPK Sinsuran-Terima Kasih kerana sudah melayani]

[Belia Pakuh]

[Belia Pakuh Bersama Cik Irin Ketua PPK Sinsuran]

[Team PPK : Postmotem selepas melayani KKR]

[29 Nov 2009: AJKG mengembalikan kerusi ke Toporoi]

[Persembahan Koir sekolah minggu ibadah 29 Nov 2009]

[ Sambutan hari Jadi Anak En jikula M]

[ Jemaat Kg Pakuh Mierung Pada Selepas Kebaktian ]

[Postmotem KKR dan Msyrt Persediaan Natal 2009 Dirumah Panjang Selepas Makan Bersama]

[ AJK Pelaksana KKR dan Seminar Belia bersama Pastor Sabtu Diong]

Berikut adalah rumusan En Jikula berkenaan KKR tersebut yang saya anggap suara Jemaat Pakuh.

Oleh Jikula :

Pertama saya mengucap syukur kpd Tuhan keran diberi rakan2 yang komited dgn tugas utk kemuliaan Tuhan Yesus kristus. Tuhan yang dapat menilai keberhasilan kita. Tugas menanam benih firman telah kita jayakan, biar Tuhan melakukan yang selebihnya.

Saya lebih melihat kejayaan KKR ini kepada kesan kpd belia. Dlm KKR kita melihat banyak jiwa yg menyerahkan diri utk menerima & dibentuk Tuhan. Ini satu petanda yang baik kerana langkah iman bermula dgn tindakan spt ini. Kejayaan yang sebenarnya apabila kita melihat belia yg turut dlm KKR dpt menempatkan diri dlm pelayanan local (gereja mereka sendiri) sehingga mereka menonjol drp belia yg lain dan kegerakan berlaku di tempat tersebut. Jika sekiranya berlaku perubahan yg positif maka KKR ini boleh dikatakan berjaya.

Secara umumnya saya berpuashati dengan KKR ini dari segi pengurusan pentas, penginapan, makanan dll, malah beberapa perkara berlaku yg diluar jangkaan atau kawalan kita telah menambahkan kejayaan KKR ini. Saya percaya semua ini adalah perkerjaan Roh Kudus yg tidak difahami oleh manusia duniawi. Objektif KKR telah dicapai terutama mendedahkan belia kpd bentuk penyembahan yang ada dlm gereja kita supaya belia tidak perlu berpindah ke dominasi lain utk mendapatkan rumput yang hijau. Terpulang kpd belia utk membentuk pelayanan local mengikut cita rasa belia masa kini.

Acara sprti ini juga telah menyediakan kita untuk pelayanan yang lebih besar lagi di masa akan datang. Kita rupanya mampu melakukan wpun dgn bilangan yg sedikit dan 100% jemaat paku yang mengendalikannya. Kita sekarang bukannya lagi begerak dalam kalangan jemaat paku tetapi telah mula membahagi berkat kpd orang lain. Acara sprti ini telah membawa ramai jiwa menyerah kpd Yesus; sorga bergema dgn sorakan malaikat kerana jiwa2 yang diselamatkan.


Saya mewakili AJKG dan Jemaat Pakuh mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudah sama-sama menjayakan KKR ini. Tuhan melihat setiap pelayanan kalian....



0 ulasan:

Catat Ulasan