Ahad, 20 Mei 2012

 LAWATAN AJKP DAN JEMAAT KOTA KINABALU

13 Mei 2012 : Gereja P.C.S Kg Pakuh Kudat  telah dikunjungi oleh AJKP dan Jemaat Kota Kinabalu.

 AJKG Gereja & AJKP dan Jemaat Kota Kinabalu
 Gambar Kenangan Pelawat
 AJKP Kota Kinabalu

 Koir Perwira






Tim Presiden PCS Pdt Cristoper





Terima kasih kerana datang dan mengendalikan acara kebaktian umum pada 13 Mei 2012.

Selengkapnya klik disini

Selasa, 24 April 2012

 Tahun 2012



Inilah wajah baru Gereja  kita sekarang.




 Semoga seiring dengan iman kita.


Selengkapnya klik disini

Rabu, 5 Mei 2010

 Bagaimanakah saya dapat mengampuni orang yang bersalah terhadap saya?

Sellom..Kali kita berkongsi Firman Tuhan Hasil Tulisan Got Questions Ministries

Setiap orang pernah disalahi, disakiti dan diperlakukan dengan cara yang tidak sepatutnya di suatu waktu tertentu dalam hidup mereka. Bagaimana respon seorang Kristian apabila perkara-perkara itu berlaku ke atas dirinya? Menurut Alkitab, kita perlu mengampuni. Efesus 4:32 menyatakan, “Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kamu.” Demikian juga, Kolose 3:13 berkata, “Sabarlah kamu seorang terhadap yang lain, dan ampunilah seorang akan yang lain apabila yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu, kamu perbuat jugalah demikian.” Kunci dalam dua rujukan ayat ini adalah mengampuni sebagaimana Tuhan juga telah mengampuni. Mengapakah kita mengampuni? Kerana kita telah diampuni! Orang-orang bukan Kristian, mereka belum diampuni oleh Tuhan dan tidak mempunyai kuasa dan keinginan untuk mengampuni orang lain.

Pengampunan itu mudah dilakukan apabila diberikan hanya kepada mereka yang datang meminta ampun dalam penuh kesedihan dan penyesalan. Alkitab berkata kita perlu mengampuni tanpa syarat semua orang yang berbuat salah terhadap kita. Keengganan mengampuni seseorang menampakkan kebencian,kepahitan dan kemarahan yang tidak menampakkan ciri-ciri seorang Kristian. Dalam doa yang diajarkan Tuhan Yesus, kita meminta Tuhan mengampuni kesalahan kita sebagaimana kita juga mengampuni orang yang bersalah terhadap kita (Matius 6:12). Yesus berkata dalam Matius 6:14-15, “Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu” Bila dibandingkan dengan ayat-ayat Firman Tuhan lain yang bercakap tentang penagmpunan, Matius 6:14-15 dapat difahami sebagai bermaksud, orang-orang yang enggan mengampuni orang lain sebenarnya belum benar-benar mengalami pengampunan Tuhan bagi diri mereka sendiri.

Setiap kali kita melanggar salah satu daripada perintah Tuhan, kita berbuat dosa terhadap Dia. Apabila kita bersalah terhadap seseorang, kita bersalah bukan hanya terhadap orang itu tetapi juga terhadap Tuhan. Bila kita mempertimbangkan Tuhan yang telah mengampuni semua pelanggaran-pelanggran kita, kita disedarkan bahawa kita tidak berhak menghalang anugerah ini untuk dialami orang lain. Kita kerap berbuat dosa terhadap Tuhan yang jauh melebihi kekerapan kesalahan seseorang terhadap kita. Kalau Tuhan telah sedemikian mengampuni kita, bagaimana mungkin kita tidak dapat mengampuni orang yang bersalah sedikit sahaja terhadap kita? Perumpamaan Yesus dalam Matius 18:23-35 merupakan contoh pengampunan yang sangat baik. Tuhan berjanji kalau kita datang kepada-Nya meminta ampun, Dia akan memberikannya dengan percuma (1 Yohanes 1:9). Pengampunan yang kita ulurkan seharusnya tidak terbatas, sama seperti pengampunan Tuhan juga tidak terbatas (Lukas 17:3-4).

Selengkapnya klik disini

Ahad, 18 April 2010

 AKTIVITI GEREJA JAN-FEB 2010

Sallom..dah post foto aktiviti gereja tahun 2009 kali ini untuk aktiviti menarik jemaat pakuh sepanjang Januari 2010 hingga Feb 2010.

1. PTY dan Hari Kekasih 14 Feb 2010


Dua gambar di atas adalah koir dari belia pada 14 Feb 2010

PTY disempurnakan oleh Pdt Marunsai Dawai

Inilah bapa-bapa beri bunga kepada isteri tercinta

Bunga disediakan oleh ibu-ibu, di beli oleh bapa..lepas tu bagi balik dengan ibu-ibu.


2. Tuan Rumah Persidangan dan Mesyuarat Aggung Paroki Matunggung (15 Feb 2010 )

Gereja pakuh di pilih menjadi tuan rumah persidangan dan mesyuarat aggung pada kali ini. Kita berbesar hati kerana Tuhan mempunyai rencana untuk gereja kita.
Melalui persidangan yang di rasmikan sendiri oleh Presiden PCS PDT Jimmy Asam, telah diluluskan nama Paroki Tinangol di tukar kepada Paroki Matunggung .
Kelihatan PDT Jimmy memerhatikan laporan Paroki Matunggong

YB Sarapin Magana sempat hadir di persidangan ini menyerahkan 1 set komputer
dan printer daripada kerajaan untuk kegunaan pengurusan Paroki Matunggong
Inilah barisan AJK Paroki Matunggong yang telah
dilantik dipengerusikan oleh Pdt Marunsai Dawai
En Geafri M menerima cenderahati daripada pengerusi wanita
paroki kerana menjadi pencatat minit semasa persidangan kali ini

3. Lawatan AJK Wanita Paroki Matunggong Ke Pakuh ( 28 Feb 2010 )

Pada 28 Feb 2010 kita menerima kunjungan daripada AJK wanita paroki seramai 20 orang lebih. Antara tujuan lawatan ini ialah mengesahakan penubuhan AJK wanita jemaat pakuh.
Koir daripada AJK Wanita Paroki
Inilah barisan AJK Wanita Pakuh di katuai oleh Pn Sinaralaing Dawai

Dua gambar diatas : Berdoa bersama-sama bagi memberkati AJK wanita pakuh

Acara kemuncak selepas kebaktian ialah meirung bersama. Terima kasih kepada pimpinan AJK wanita paroki kerana telah meluangkan masa berkunjung dan beribadah bersama jemaat pakuh.
Tuhan memberkati..

Selengkapnya klik disini

Selasa, 13 April 2010

 AKTIVITI AKHIR TAHUN 2009 (2)

Salam damai dalam nama Tuhan Yesus kristus. Post kali ini lebih kepada kenangan Natal 2009 dan sambutan ambang peralihan tahun 2010. Terlalu banyak gambar terpaksalah dipost dua kali untuk aktiviti ini.

Gambar pada 25/12/2009 (Sambutan Natal )

Ini adalah koir kaum bapa jemaat pakuh..bersemangat bukan?

Jemaat Belia juga tidak ketinggalan mempersembahkan lagu pujian

Persembahan "Domba Yang Hilang" dari kanak2 sekolah minggu

Warga Emas tidak di lupakan sempena Natal ( Pdt Marunsai menyerahkan hamper)

Pada tahun 2009 pertama kali ada "Santa"- Ketua Gereja En Ondon

Kanak2 menunggu diberikan hadiah oleh Santa

Kenangan Kanak2 Sekolah minggu dengan Santa

Sesiapa yang bertuah dapat tiket berkat

Kanak-kanak pun ada aktiviti cari duit dalam tepung...memang hebat

Ha.ha. inilah kaum bapa yang dah selesai tiup tepung..ah! makan tepung lebih tepat.

Artis pun tiup belon juga..tapi tak pecah-pecah..
Ai....Idah! kena ka botol tu kalau pakai bola kelapa?

Kanak-kanak pun pandai makeup

Rupa-rupanya budak lelaki makeup budak permepuan..pandaikah?

Pada sebelah petang dalam jam 4.30pm jemaat pakuh berkunjung kerumah En Kuaya yang tidak sihat.

Beliau sedang berehat belakang rumahnya

Sebelum beredar kami sempat berdoa bagi kesihatan beliau dan keluarganya

SAMBUTAN AMBANG 2010 (MALAM 31/12/2009)

Inilah aktiviti jemaat pakuh semasa menyambut ambang peralihan ke tahun 2010. Sambil menonton "The Ten Commandments" kita bakar2 ikan, sayap ayam dan hotdog.
Ini hot dog panggang si opiri dan jikula..C moly tukang sapu rempah.

Aktiviti ini memang berfaedah sambil mengeratkan jemaat

Makan sampai kenyang....

Kebaktian Peralihan Ke tahun 2010


Renungan disampaiakan oleh Pdt Marunsai

Terima kasih Tuhan Yesus kerana sepanjang tahun 2009 engkau sentiasa bersama dan meminpin Jemaat Pakuh. Engkau tak pernah meninggalkan kami...Amen

Selengkapnya klik disini