Ahad, 1 November 2009

 ALBUM PERTAMA LONGOI PCS

Hampir seminggu blogs ini tidak diupdate akibat kesibukan hal pekerjaan dan talian internet yang selalu down. Kali ini saya ingin membicarakan berkenaan Album Pertama Longoi PCS yang hampir 85% kejayaan penerbitaannya adalah hasil usaha beberapa orang anggota jemaat PCS Pakuh.


Foto 1 : Muka Depan Album

Tujuan penerbitaan album ini adalah 100% untuk mengumpul dana bagi tujuan bangunan dan pelayanan gereja. Album ini memuatkan 16 buah lagu yang dinyayikan dalam bahasa rungus. Senarai lagu tersebut adalah :

1. Poingompus Do Ralan Varo Koruhangku (Along The Road)

2. Minsomok Oku No Sid Tuhanku (Nearer, My God, to Thee

3. Pongindazou Kou Di Tuhan (Fight, The Good Fight)

4. Ihimo No Dikou I Karajaan (Seek Ye First The Kingdom)

5. Itahakku Sokoviai (I Surrender All)

6. Monorima Tokou Sid Tuhan (Let Us With A Gladsome Mind)

7. I Yesus Koruhang Tokou (What A Friend We Have In Jesus)

8. I Tuhan O Mozo-vozo (All The Way My Saviour Leads)

9. O Tuhanku Ong Itungonku Kavi (How Great Thou Art)

10. Humormat Dit Ama (To God Be The Glory)

11. I Tuhan Yesus O Minananggung (Fairest Lord Jesus)

12. Banalko Osusi (Holy, Holy, Holy)

13. Ong Mozo Di Tuhan (Trust And Obey)

14. Humormat Do Kinoringan (Angels From The Realms Of

Glory)

15. Hondomo (Take The Precious Name Of Jesus)

16. Yesus Ne Minananggung (Jesus Saves!).




Foto 2 : Antara Peralatan Rakaman

Sebahagian lagu ini dirakam di gereja PCS kg pakuh yang mana antara ahli koirnya adalah

Jikula Mongijal, Geafri Mongijal, Nora Opook, Felorah Majadul, Makain Mongijal, Inungkiran Mongijal, Julia M. Kastum dan Jaffery Manginbal.



FOTO 3 : Antara Peralatan Rakaman


Album ini telah di lancarkan pada 31/10/2009 di Restoran Emperor Jalan Kolam Luyang kota Kinabalu dan menurut rakan-rakan yang terlibat, album ini mendapat sambutan menggalakan. Pihak perbit juga sedang berusaha memperbanyakan album ini.

Tidak kita lupakan penghargaan yang tidak terhingga kita berikan kepada penggubah muzik dan Sound Engineer, Lui Chee Chau (K.L), recoding engineer, Mokhtar Soon (K.L), dan penghargaan istimewa buat konduktor koir dan pengarah muzik , Joseph Mongijal .Saya sendiri dipakai Tuhan untuk memperbanyakkan album ini bagi tujuan penerbitan.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak sehingga album ini berjaya diterbitkan dan sekiranya mendapat sambutan, besar kemungkinan mereka yang di pakai Tuhan ini akan menerbitkan Album ke 2 Lagu Pujian Rohani. Selain dapat menyumbang dana, kita berharap lagu yang dimuatkan membuatkan kita sentiasa rindu
Memuji dan Memuliakan Nama Tuhan.

Amen...





1 ulasan:

Unknown berkata...

Macam mana nak dapatkan atau beli cd ini.... Inbok saya di 0168312809

Catat Ulasan