Rabu, 21 Oktober 2009

 KEBAKITAN KELUARGA DI RUMAH EN JOMEN MAJUNKIT

Rabu - 21/10/2009, kunjungan kali ini ke rumah En Jomin Mojukit untuk kebaktian keluarga. Beliau tinggal bersama isteri dan dua orang anaknya .



Kira jam 8pm kebaktian bermula dibawah pimpinan Pdt Marunsai Dawai. Beliau mengambil tajuk renungan daripada Kolose 3: 5-17 " MANUSIA BARU". Antara isi renugan beliau ialah perbandingan orang yang belum menerima Yesus berbanding Manusia Baru dan peranan sebagai manusia baru.


Pada kebaktian singkat kali ini kehadiran anggota cuma tiga orang sahaja iaitu saya sendiri (oding), En Masandan M dan Pdt Marunsai.
Kami sempat bercerita dengan En Jomin selepas kebaktian agar sama-sama ke gereja PCS pakuh setiap hari Ahad memandangkan gereja tersebut lebih dekat dengan rumah beliau.
Menurut Pdt Marunsai, En Jomin sekeluarga telah didaftarakan dalam keanggotan jemaat PCS Pakuh. Banci PCS pd tahun 2007 menurut Pdt Marusai, jumlah anggota PCS adalah 35161 org sahaja.
Pdt Marusai sempat bercerita berkenaan khabar yang sedang meluas di internat yang kononnya hari kiamat berlaku pada tahun 2012. Saya sendiri pernah terbaca satu artikel ramalan ini berdasarkan ramalan manuskrip peninggalan suku Maya yang tinggal di selatan Meksiko atau Guatemala yang dikenal menguasai ilmu Falak. Disebutkan bahwa kiamat akan terjadi pada 21 Desember 2012. Disebutkan juga pada waktu itu akan muncul gelombang galaksi yang besar-besaran sehingga mengakibatkan terhentinya semua kegiatan di muka Bumi ini.

Sejauh mana kebenarnya hanya Tuhan yang tahu. Apapun kita tidak harus menunggu sehingga tahun 2012 untuk menerima Yesus menurut Pdt Marunsai, Kerana janji Tuhan Yesus untuk datang kembali memang pasti dan tiada seorang pun yang mengetahuinya.
Bagaimana sekiranya Tuhan datang pada malam ini ? Bukan !!!


Tapi PADA SAAT INI ! mari kita renugkan bersama wahai "Manusia Baru "

Amen..

0 ulasan:

Catat Ulasan