Selasa, 20 Oktober 2009

 KEBAKTIAN DI RUMAH EN AMBARU DAWAI

Isnin 19/10/2009 telah diadakan kebaktian dirumah En Ambaru yang sedang tenat kesihatannya. Pada hari berkenan beliau baru saja di benarkan pulang ke rumah oleh pihak hospital kudat selepas melalui pemeriksaan penyakit beliau.

Kehadiran kebaktian ini melebihi 2o orang termasuk Pdt Marunsai Dawai, Tpk Jod Ayong, Pengerusi Gereja PCS Jemaat Pakuh En Julius Masandan, saudara terdekat dan jiran yang berhampiran.
Kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar Amai Ambaru diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya dan diberikan kesembuhan"TIADA YANG MUSTAHIL BAGI TUHAN". Mengutip renungan yang di sampaikan oleh Pdt Marunsai, Lukas 8:40-48, apa bila kita menghadapi apa juga kesusahan kita harus yakin Tuhan sentiasa bersama kita.
Kebaktian ini bermula jam 8pm lebih dan dipimpin oleh Tpk Jod Ayong. Lebih kurang jam 10pm lebih kami beredar pulang ke rumah masing-masing.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk Amai Ambaru.....

0 ulasan:

Catat Ulasan