Isnin, 19 Oktober 2009

 BANGUNAN GEREJA PCS KG PAKUH

Salam Dalam Nama Tuhan Yesus

Post kali ini saya cuba memaparkan foto bangunan Gereja PCS KG Pakuh yang siap dibina pada akhir Julai 2009. Pada awalnya gereja jemaat Kg Pakuh didirikan berhampiran dengan rumah En Ondon Adek dan dibina mengunakan kayu bulat ( babaal), lantai buluh dan atap nipah.



Pada ketika itu jumlah anggota gereja cuma 2 atau 4 keluarga. Bilangan kehadiran beribadah pada hari minggu juga agak sikit kadang-kadang cuma 3 atau 4 orang. Apabila gereja pertama sudah terlalu uzur dan tidak boleh digunakan lagi, jemaat menggunakan rumah panjang kg pakuh sebagai tempat beribadah.


Seiring dengan pertambahan jumlah anggota gereja dan keselesaan tempat beribadah, Tuhan telah memberkati jemaat ini dengan memberikan sebuah bangunan gereja konkrit yang boleh dibanggakan ."Puji Tuhan "

Sungguhpun demikian masih ada kekurangan kemudahan dalaman bangunan gereja bagi keselesaan beribadah. Antarnya pihak gereja perlu mempunyai tempat duduk yang lebih sesuai dan mencukupi sekiranya jumlah bilangan anggota bertambah. Syukur kepada Tuhan, ada jemaat yang di pakai Tuhan dengan menyumbangkan keperluan audio, meja, gitar, rak dan sebagainya. "Terima Kasih si dikou"


Selain itu pihak gereja juga sedang berusaha membeli tapak tanah tempat bangunan gereja ini didirikan untuk dijadikan hak milik sepenuhnya . Banyak lagi perancangan jemaat pakuh sebenarnya, antaranya membina dapur gereja, parit, perancangan lanskap dan sebaginya. Tidak dilupakan yang terpenting sekali pengukuhan kerohanian sebagai orang kristian.
Buat masa ini pihak gereja berusaha mendekati anggota kristian yang jarang beribadah kepada Tuhan pada hari ahad melalui kunjungan sembayang keluarga dibawa pimpinan Gembala Parokih Pdt Marunsai Damai.

Diharapkan melalui blogs ini jemaat yang jauh dari gereja mengetahui perkembangan terkini gereja. Sekian post pada kali ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan